Want your
own Fotopage?








 
arissa's FotoPage

By: Arissa Amalia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Apr-2010 19:44 Email | Share | | Bookmark
Robin Hood's County...Nottinghamshire

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 40 photos...

Add comment


Friday, 2-Apr-2010 15:35 Email | Share | | Bookmark
Bicycle.. Tram.. Canal....Amsterdam, Holland

inilah cruise yang kami naik tu....
tok dan wan bergaya diatas kapal tu
 
sedang berehat nak keluar...
ini dalam bilik penginapan kami...
 
View all 100 photos...
Salam,
Sejak awal pagi kami dah bangun, tok dan tokwan sibuk mengemas barang…ayah dan ibu pulak sibuk didapur menyediakan sarapan untuk di bawa bekal. Hari ini kami sekeluarga bersama tok dan wan akan ke Hull kerana pada lewat petangnya akan berlepas ke Amsterdam dari Kingston Upon Hull Port untuk ke Rotterdam, Holland.
Sebelum ini kami pernah ke Amsterdam juga tapi sekadar di Schippol Airport saja…maklumlah masa tu kami dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Birmingham..tak sempat nak beli souvenir sebagai kenangan. Kali ini kata ibu…kita akan ke windmill yang menjadi kebanggaan orang Belanda bersama bunga tulipnya….ayah pula nak ke Hard Rodk Café Amsterdam untuk menambah koleksi t-shirt kegemaran dia..tokwan pula agak teruja nak tengok budaya orang Belanda….yelah, kalau kat Malaya tu, kita cuma tahu orang Belanda ni pernah menyerang dan menakluk Melaka pada tahun 1824…..
Kami berlepas ke Amsterdam dari pelabuhan Kingston Upon Hull pada pukul 9.00 malam dan tiba di Pelabuhan Rotterdam pada 7.00 pagi keesokan harinya….seronok betul naik cruise ni….selesa macam tinggal dibilik hotel pula rasanya..bukan itu saja…dalam cruise ni ada playground, kedai parfume , café, bar , restoren dan macam-macam lagi lah...pendekata seperti tak terasa duduk diatas kapal...
Dalam bilik penginapan pula ada 4 katil dan bilik air serta kelengkapan lain. Tok dan tokwan pula tinggal dibilik berasingan agak jauh dari kami…..romantik betul tok dan tokwan atas kapal tu seperti berbulan madu pula! Dari Rotterdam kami disediakan coach ke Amsterdam yang jaraknya lebih kurang 45 minit.Indah sungguh pemandangan dikiri-kanan jalan…awal spring ni..ladang-ladang gandum juga mula menghijau …saujana mata memandang!
Erm….kadang-kadang apa yang dirancang..tidak semua menjadi kenyataan….oleh kerana keadaan cuaca yang agak mendung dan tempoh masa yanag agak singkat…banyak tempat kami tak sempat nak pergi….taman tulip pun tak sempat nak pergi…hard rock café pun tak sempat….apapun kami seronok kerana dah sampai ke bumi Holland ni.
Erm….ayah kata barang-barang kat Amsterdam ni semuanya mahal-mahal kalau nak dibandingkan dengan tempat kami di United Kingdom….nak masuk tandas pun dah 50 cent…apa lagi barang souvenirnya….
Amsterdam ni….kalau nak melintas jalan kena lebih hati-hati kerana terlalu banyak basikal….tram line pulak berselirat…ditambah lagi dengan jalan kereta….canal pula merupakan elemen fizikal yang penting dalam Bandar dan secara fizikalnya memberi identity kepada imej Bandar Amsterdam….disini sempatlah kami merakamkan beberapa keping gambar kenangan walaupun kualiti gambar kuraang elok.....kata ayah, kalau ada rezeki nanti...kamai akan kesini lagi...insyaAllah!

Add comment


Saturday, 20-Mar-2010 20:03 Email | Share | | Bookmark
Kingston Upon Hull....Bandar kecil yang tenang.....

Gambar disekitar Pelabuhan Hull...
dalam perjalananan ke Hull....
Bandar Hull....
View all 78 photos...
Salam,
Awal pagi kami dah bertolak ke Kingston Upon Hull lebih kurang 2 jam dari Birmingham..memang menyeronokkan kerana cuaca yang tidak terlalu sejuk dan matahari memancar terik membuatkan tok dan tokwan lebih selesa untuk bersiar-siar..Bandar Hull ni agak tenang dan tidak terlalu sibuk cuma culture muda-muda disini agak berbeza dengan tempat-tempat lain di UK. ..kata ayah muda-muda disini agak teruk dan suka melepak…
Hull ini merupakan Bandar pelabuhan dan perikananan di timur Laut England, semua bangunan-bangunan lama masih dikekalkan bagi tarikan pelancongan.Apapun Bandar Hull ni tetap bersih dan menarik. Sebenarnya kami dalam perjalanan ke Amsterdam dan singgah sebentar di Hull sementara menunggu cruise kami pada lewat petangnya. Disini kami sempat merakamkan beberapa foto menarik sekitar bandar Hull dan pelabuhannya sebagai kenangan.

Add comment


Friday, 19-Mar-2010 09:52 Email | Share | | Bookmark
Glasgow, Scotland

 
 
 
View all 13 photos...
Salam,
Glasgow merupakan bandar kedua terbesar di Scotland....ia terdiri dari bangunan-bangunan bersejarah dan bangunan-bangunan moden...Jaraknya lebih kurang 45 minit dari Edinburgh.
Lawatan singkat kesana tanpa dirancang..hanya sempat bersiar-siar disekitar Glasgow new town...tok dan tokwan sempat jugaklah membeli belah di butik Primark disitu selain sedikit cenderamata untuk di bawa pulang ke Malaysia. Harga barang-barang souvenir disinipun lebih murah jika dibandingkan dengan bandar Edinburgh yang lebih menjadi tumpuan pelancong jika ke Scotland.
Sempat jugak ayah mengambil beberapa keping gambar di sekitar bandar Glasgow new town sebelum pulang.....mungkin lain kali kata ayah kalau berkesempatan ke Scotland..kami akan ke Glasgow old town pula kerana disitu lebih indah dengan bangunan-bangunan warisan sejarahnya....

Add comment


Friday, 19-Mar-2010 05:25 Email | Share | | Bookmark
Road to Scotland

 
 
 
View all 24 photos...
Salam,
Hari ini kami bertolak ke Scotland...perjalanan yang agak jauh iaitu lebih kurang 5 jam dari Birmingham. Destinasi kami ialah Edinburgh...bandar terbesar di Scotland dan merupakan bandar warisan dunia yang diiktiraf UNESCO.
Memang indah pemandangan ke sana...cuma keadaan cuaca yang kadangkala mendung kadangkala panas...nak ambil gambarpun jadi kurang seronok kata ayah.Apapun sempat juga ayah rakamkan gambar-gambar dan video dalam perjalananan kami tu.
Pagi lagi ibu dan tok dah bangun menyediakan makanan untuk dibawa bekal...stok lauk pauk untuk 3 hari katanya...lebih jimat!Dalam cuaca sejuk begini..perut terasa cepat saja lapar....rice cooker dan beras kami bawa dari rumah untuk masak nasi...kata orang..berjalan tetap berjalan tapi perut mesti diisi!
Sampai di Edinburgh dah lewat petang..selepas check in di hotel, kami sempat juga keluar bersiar-siar di kawasan sekitarnya...tak sabar menunggu hari esok kerana lokasi pertama kami ialah ke Glasgow iaitu lebih kurang 45 minit dari Edinburgh..

Add comment


Saturday, 13-Mar-2010 01:31 Email | Share | | Bookmark
National Gallery dan Trafalgar Square -London

 
 
 
View all 52 photos...
Salam,
Cuaca agak sejuk di London pada waktu itu...mungkin 3Celcius agaknya....Tok pula tak tahan dengan sejuk dan angin yang agak kuat...Tok Wan pula asyik nak ke toilet aje....apapun sempat jugak kami ke Trafalgar Square & National Gallery walaupun agak terhad tempat yang sempat kami pergi...
Kebetulan cuaca agak elok...matahari memancar terang tapi sejuknya tak boleh tahan....disini kami sempat rakamkan gambar-gaambar kenangan untuk tatapan keluarga di Malaysia sebelum kami bertolak balik ke Travelodge pada petangnya di Liverpool Street....

Add comment


Friday, 12-Mar-2010 04:42 Email | Share | | Bookmark
London Bridge...London

 
 
 
View all 57 photos...

Add comment


Wednesday, 10-Mar-2010 05:19 Email | Share | | Bookmark
London....

Parliament House of Britain kat belakang sana tu.
Eye of London di tepi Sungai Thame
Cuaca yang kurang elok dan hari dah gelap....gambarpun gelaplah.
View all 56 photos...
Salam,
Baru-baru ini kami sekeluarga ke London bawa tok dan tokwan jalan-jalan. Sangka kami di London cuacanya lebih panas tapi tidak….cuaca masih lagi sejuk..angin pula agak kencang…menggigil juga dibuatnya. Apatah lagi dengan Tok dan Tokwan… memang tak tahan dengan cuaca sejuk macam ni….sesekali tengok seperti keletihan dan kesejukan.
Kami bertolak awal pagi menaiki train dari Birmingham New Street ke Euston, London…perjalanan lebih kurang 2 jam…walaupun jauh tapi agak selesa..Cuma ragam saya dan adik-adik membuatkan ibu dan ayah terasa penat. Tokwan pula sibuk melayan Haqiem yang boleh tahan jugak perangainya……
Di Euston Station….sebelum ke mana-mana…kami makan dulu….perutpun cepat saja lapar dalam cuaca sejuk begini! Ibu dan ayah dah siapkan nasi goreng dan roti untuk kami sekeluarga . ..maka menjamu seleralah kami kat bawah pokok tepi stesen tu dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Trafalgar Square & National Gallery…..masing-masing bawa bagpack ….Cuma bekalan makan aje yang penuh dalam beg tu….maklumlah kami hanya boleh check in di hotel pada pukul 3 petang…..bila terasa lapar ada jugak benda yang boleh dimakan…….

Add comment


Tuesday, 23-Feb-2010 17:03 Email | Share | | Bookmark
Tok dan Wan berkunjung ke UK......sempat juga merasa snow

 
 
 
View all 36 photos...

salam...lama tul tak tengok gambar2 kakak dan adik2. Umar dah ada gigi upanya. Atok dan nenek tentu sronok tengok ibu, ayah, kakak dan adik2. Kim salam pada ayah,ibu, atok dan nenek ye!.... Thu 25-Feb-2010 04:33
Posted by:Mak Ani
hai syok haih depa....duk slji la.......ish33 Wed 10-Mar-2010 15:11
Posted by:man
hehehe..syok apa man..mak ngan ayah duk berkurung dlm umah ja..x tahan sejuk...nak mkn nasi pun pegang pinggan semua sejuk..nak basuh tgn lg laa sejukkk Thu 11-Mar-2010 13:50
Posted by:Ibu Arissa
View all 4 comments Add comment


Saturday, 9-Jan-2010 21:32 Email | Share | | Bookmark
Kami ke Walsall....

snow tengah turunpun sempat ambil gambar lagi..hehehe
Depan Walsall Football Club & Bank's Stadium...
Souvenir shop pun tutup..
View all 16 photos...
Salam,
Hari ini ahad....dah lama benar kami sekeluarga tidak ke carboot sale semenjak winter tiba..kali terakhir kami ke Studley pada awal November lalu! Kata ibu..seronok juga sekali-sekali ke carboot indoor ni...memang dibuka hanya pada musim sejuk. Kami bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi...salji turun disepanjang perjalanan kami ke Walsall...sekali sekala agak lebat. Mengikut ramalan cuaca..hari ini salji turun sepanjang hari.....tawakkal saja kata ayah..kalau tutup kita balik ke rumah saja.
Malang sungguh.....carboot tutup pula hari ini mungkin disebabkan ramalan salji turun sepanjang hari ini. Kebetulan destinasi kami hanya bersebelahan dengan Walsall Football Club (WFC) dan Bank's Stadium. Apalagi..ayah singgah sebentar untuk mengambil gambar...kebetulan salji turun lebat pada waktu itu.....kedai menjual cenderamata pun tidak dibuka! Malang sekali lagi..... kata ayah...nanti kita datang lagi ke sini minggu depan.....jaraknya pun tidak jauh cuma 30 minit saja dari rumah! Kata ayah..apa nak buat...balik ke rumah sajalah kita sekeluarga!

amboi... comelnye haqiem cuna tgk.... sakan berjalan no... Tue 12-Jan-2010 01:00
Posted by:CuNa
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com